SuperGirl
Selamat Hari Wanita :)
Wednesday, March 7, 2012 8:15 PM | 0 comments


                                                                                                     


Selamat Hari Wanita :)

Apa istimewanya tarikh 8Mac setiap tahun ? Ada yang tahu dan ada jugak yg tidak tahu,
Untuk pengetahuan semuanya , 8Mac ialah hari wanita seluruh dunia . 
Tapi yang kelakarnya , aku yang wanita ni tidak tahupun hari ini hari wanita.
Okay booo aku sikit hahahaha ~~
Dapat tahu yang hari ini hari wanita bila aku dengar radio .

Kenapa hari wanita disambut ?Nah aku terangkan ,  "Hari wanita bermula dari kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, Sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan , keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum adam."


"Selalunya, disebalik kejayaan seorang lelaki itu ada seorang wanita dibelakangnya. Punyalah besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki. Keindahan dan kecantikkan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita terletak pada hatinya."

 "Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki kerana itu la sifat wanita sejak azali lagi. Jika wanita menangis dalam diam , ada sesuatu yang tak mampu nak diungkapkan dengan kata kata. Dan air mata dijadikan sebagai peganti."


Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru. Selamat Hari Wanita. Baca lagi Rahsianya pada dua wanita yang hebat…

Oleh itu kaum lelaki tolong hormat kaum wanita okay, dan hargai seorang wanita and one more please jangan sakiti hati wanita sebab berdosa tau hee :p. Kehidupan seorang lelaki tak akan lengkap tanpa hadirnya seorang wanita. Ini fakta tau bukan auta. 


selamat hari wanita kepada seluruh wanita didunia , terutama sekali ibu aku, wanita yang telah melahirkan aku didunia ini. Kita sayang ibu hahaha . Wah ayat aku pulak.  Dan kepada semua yang merasakan dirinya itu wanita , selamat hari wanita :p





OLD | NEW